Dekorasi rumah anda dengan pelbagai aksessori jahitan yang menarik

Shasha Home Deco
diasaskan oleh Puan Syarifah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Effa. Menjalankan perniagaan di Kulai Johor, Shasha Home Deco kini merupakan sebuah pusat jahitan langsir yang semakin dikenali ramai. Pusat Jahitan ini bersedia menerima tempahan langsir rumah, pejabat, sekolah dan mana-mana individu juga organisasi sama ada swasta mahupun kerajaan.

Pengalaman Cikgu Effa dalam bidang jahitan selama hampir 15 tahun bermula dengan mengambil tempahan ketika masih berumur 17 tahun. Beliau berusaha mengembangkan bakat beliau melalui kursus jahitan asas sehinggalah kepada kursus jahitan lanjutan melalui Anjung Seri secara berperingkat-peringkat. Sebagai tenaga pengajar kini beliau berjaya melahirkan ramai anak murid yang berkemahiran dalam bidang jahitan langsir.

Selain produk langsir pelbagai rekabentuk terkini, Shasha Home Deco juga turut menerima tempahan bagi set cadar pengantin, Rekaan Pelamin, Hiasan ruang makan pengantin, Comforter, Sarung Cusion, Sarung kerusi dan pelbagai lagi dengan rekebentuk terkini. Kami juga menghasilkan produk berdasarkan rekaan dan citarasa daripada pelanggan.

Berminat dengan produk Shasha Home Deco, bolehlah menghubungi terus melalui Cikgu Effa di 013-7267540/ En Din 017-3872628 untuk tempahan.

Tuesday, May 25, 2010

ISI MASA TERLUANG ANDA

Kursus semperna ulang tahun SHDeco sudah pun berakhir..Tahniah Cikgu Effa ucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut..Penyampaian sijil dan hadiah akan Cikgu beritahu melalui telefon. Bagi pelajar yang menunggu sambungan Kursus lanjutan akan datang akan Cikgu beritahu kelak.

Buat masa ni Cikgu Effa lebih tumpukan perhatian kepada menyiapkan tempahan pelanggan dan mengajar pelajar yang ingin belajar pattern tertentu. kepada sesiapa yang bercadang untuk menempah Langsir hari Raya beleh lah dibuat dalam masa terdekat untuk mengelakkan tempahan diakhir waktu.

Sesiapa yang berminat mengisi masa-masa terluang untuk mempelajari jahitan langsir, boleh hubungi saya sendiri, Cikgu Effa di talian 0137267540. Waktu belajar flexsible boleh ditetapkan sendiri oleh pelajar, 7 hari seminggu waktu 9am - 6pm..Menerusi katalog yang SHDeco sediakan pasti anda berminat dengan pattern2 terbaru. Datang lah di alamat yang tertera diatas mengetahui dengan lebih lanjut.

Cikgu Effa,
SHDeco

Monday, March 15, 2010

Kursus Sempena Ulang Tahun Pertama

Sempena Ulangtahun pertama pembukaan Shasya Home Deco..Kami telah mengadakan kursus dengan diskaun hebat.. Terdapat 4 pakej yang ditawarkan.. Pakej A dengan 10 pattern terkini.. Pakej B - 8 pattern (pilihan), Pakej C - 6 pattern (pilihan) dan Pakej D - 3 pattern.. Sebagai bonus Tenaga pengajar di SHDeco akan mengajar cara menjahit accessories.

Tahniah kepada Puan Umi dan pelajar-pelajar yang menjayakan Kursus Jahitan kali ini
..




editor: abidahamin5@gmail.com

Sunday, December 27, 2009

Kursus Jahitan Langsir dibuka sekarang


Shasha Home Deco telah membuka semula pendaftaran bagi Kursus Asas dan Kursus Lanjutan bagi Jahitan Langsir untuk kemasukan JANUARI dan FEBUARI 2010.

Pembelajaran secara teori dan praktikal. Turut menyediakan peralatan jahitan dan buku rujukan ketika sesi pembelajaran bagi pelajar baru. Sila hubungi Cikgu Effa di talian berikut 013-7267540 untuk keterangan lanjut.


HUBUNGI SEGERA..KEMASUKAN ADALAH TERHAD